Penyokong sudah sedia bantu Harimau Malaya 'gegar' Vietnam

Iklan
Penyokong Malaysia hadir ke Stadium Nasional Bukit Jalil untuk memberi sokongan padu kepada skuad negara dalam aksi Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

GELOMBANG penyokong Harimau Malaya membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil sejak awal petang bagi memberi sokongan padu kepada skuad negara dalam aksi penting Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam malam ini.

Tinjauan Sinar Harian sekitar jam 6.30 petang mendapati kawasan sekitar stadium sudah dipenuhi lautan penyokong setia berbaju kuning bagi menyatakan sokongan mereka kepada pasukan Harimau Malaya.

Iklan
Iklan

Setakat pagi tadi, sebanyak 45,629 tiket telah terjual, dan jumlah itu dijangka meningkat menjelang sepak mula pada jam 9 malam.

Cuaca di sekitar Stadium Nasional juga baik, menjanjikan aksi yang rancak tanpa gangguan cuaca.

Iklan

Salah seorang penyokong Harimau Malaya, Ahmad Awal Rahman percaya Malaysia mampu untuk melakar kemenangan ke atas Vietnam biarpun rekod pertemuan tidak memihak Harimau Malaya.

Penyokong Malaysia dan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil sebelum perlawanan bermula. Foto Sinar Harian - ROSLI TALIB

"Bermain di tempat sendiri dan sokongan penyokong, sudah tentu saya yakin Malaysia akan berjaya meraih kemenangan.

Iklan

"Kita juga dibarisi ramai pemain warisan baharu yang semestinya akan memberikan satu kualiti terbaik dalam pasukan," katanya.

Malaysia turun dengan misi wajib menang bagi mencerahkan peluang layak ke pusingan akhir Piala Asia 2027 yang akan berlangsung di Arab Saudi.

Untuk rekod, hanya juara kumpulan akan layak secara automatik ke kejohanan tertinggi Asia itu.