Annuar Musa bimbang dakwaan intimidasi politik, gesa kerajaan tidak salah guna kuasa
Iklan
Annuar Musa
SHAH ALAM – Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Tan Sri Annuar Musa, menyuarakan kebimbangan terhadap dakwaan intimidasi politik terhadap orang awam oleh segelintir agensi kerajaan dan penjawat awam, sebagaimana didedahkan oleh Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli baru-baru ini.
Annuar, yang juga bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), berkata sekiranya dakwaan yang dikemukakan oleh bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu benar, ia merupakan satu perkembangan yang amat mendukacitakan dan boleh menjejaskan asas demokrasi negara.
Iklan
Iklan
"Mutakhir ini, kita dengar aduan daripada orang awam dan rakyat biasa yang diganggu hak dan kebebasan mereka untuk bergerak serta bersuara.
"Lebih merisaukan, perkara itu datang daripada penyokong kerajaan sendiri yang tidak sehaluan,” katanya menerusi hantaran di akaun Facebook miliknya pada Isnin.
Beliau menegaskan bahawa rakyat Malaysia secara umumnya menolak segala bentuk penindasan, kezaliman dan penyalahgunaan kuasa.
Iklan
Annuar turut menzahirkan kebimbangan terhadap dua kementerian yang kini menjadi perhatian rakyat, termasuk Kementerian Komunikasi yang pernah diterajuinya.
Terdahulu, Rafizi menggesa agar penjawat awam tidak dijadikan alat untuk mengintimidasi rakyat yang memberikan pandangan berbeza terhadap implikasi pemilihan PKR bagi penggal 2025–2028.
Iklan
Menurut Ahli Parlimen Pandan itu, sejak seminggu lalu, beberapa individu yang memberi ulasan kritikal terhadap proses dan keputusan pemilihan parti tersebut telah dikenakan pelbagai bentuk tindakan siasatan oleh pihak berkuasa, termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Saya telah menerima aduan daripada orang awam yang menyatakan mereka didatangi oleh pegawai SKMM dan polis, ada antaranya tanpa dokumen rasmi, manakala telefon pintar dan kad SIM turut dirampas,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.