PPM bongkar sindiket bot dadah
Iklan
PPM menahan sebuah bot dinaiki seorang lelaki yang membawa dadah jenis syabu di perairan Muar pada 2021. Gambar kecil: Shamsol
KUALA LUMPUR –Modus operandi sindiket penyeludupan dadah semakin licik apabila menggunakan laluan laut sebagai pintu masuk utama ke negara ini, selain menyamar sebagai pemancing dan pemandu bot pelancong untuk mengaburi mata pihak berkuasa.
Bagi mengelakkan dikesan, dadah jenis syabu, ganja, heroin dan pil ekstasi dibungkus rapi menggunakan bungkusan minuman seperti teh cina dan kopi sebelum dipindahkan di tengah laut daripada kapal induk ke bot kecil.