Penerbit buku terkenal berhimpun

Iklan
Karnival Siang Malam Karangkraf yang akan berlangsung pada Julai depan bakal menghimpunkan penerbit buku tempatan terkenal. Gambar kecil: Firdaus

SHAH ALAM - Karnival Siang Malam Karangkraf yang akan berlangsung pada Julai depan bakal menghimpunkan penerbit buku tempatan terkenal bagi memeriahkan program julung kali diadakan.

Ketua Pegawai Eksekutif Buku Karangkraf, Firdaus Hussamuddin berkata, semua karya terbitan syarikat terlibat antaranya JT Publishing, Patriots Publishing, Fixi Publishing dan Sasbadi Holdings Berhad akan disatukan dalam ruangan ‘Buku dan Kopi’.

Iklan
Iklan

Secara tidak langsung menurut beliau, karnival tersebut bakal menjadi medan buat peminat buku untuk mendapatkan bahan bacaan menarik dan berkualiti.

"Buku-buku terbitan Karangkraf akan dijual dan dipamerkan bersama penerbitan lain mengikut reruai yang disediakan.

Iklan

"Pengunjung yang hadir boleh membaca buku secara santai sambil menikmati kopi yang dijual di kawasan berhampiran,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu beliau yang juga Pengerusi Karangkraf memaklumkan, semua buku baharu yang dijual pada Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) bulan lalu akan dijual pada harga berpatutan.

Iklan

Selain itu katanya, pengunjung juga berpeluang bertemu penulis dalam sesi meet and greet yang akan diadakan di ruangan ‘Buku dan Kopi’.

"Saya berharap rakan-rakan penerbit juga akan turut mempromosikan tentang karnival ini selain bawa bersama penulis buku untuk bertemu dengan peminat bahan bacaan yang diterbitkan.

"Selain itu suka untuk saya berpesan kepada peminat buku supaya bawa beg tarik bagi memudahkan mereka membawa buku-buku yang dibeli nanti,” ujarnya.

Karnival Siang Malam Karangkraf yang dijadual berlangsung pada 25 Julai hingga 27 Julai depan di Dataran Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam menyediakan pelbagai aktiviti menarik antaranya maze gergasi terbesar di Selangor, rumah hantu, aktiviti go-kart dan Pasar Saloma.

Karnival yang bermula jam 9 pagi hingga 12 tengah malam itu turut memberi peluang kepada pengunjung menyertai cabutan bertuah dan memenangi hadiah eksklusif antaranya motosikal jenis W Moto ES250, Benelli Panarea, tiket taman tema Berjaya Times Square Kuala Lumpur, barangan elektrik dan elektronik dari Russell Taylors dan lain-lain lagi.