Selama ini, perbezaan sistem operasi antara Android, Windows dan iOS ibarat tembok besar yang menyukarkan pengguna untuk berinteraksi secara lancar.
Pengguna iPhone selesa dengan AirDrop, tetapi bila berdepan dengan rakan Android atau laptop Windows, segalanya menjadi rumit.
Semuanya perlu bergantung kepada aplikasi pihak ketiga atau perlu muat naik ke awan, kemudian muat turun semula. Prosesnya lambat, membebankan dan tidak efisien.
Namun kini, revolusi sebenar telah bermula. HONOR tampil sebagai jenama pertama di luar China yang berjaya menghubungkan dunia Android, iOS dan Windows dalam satu ekosistem pintar, menerusi teknologi terkini mereka: HONOR Connect.
HONOR Connect: Tiada lagi had antara sistem operasi
Dengan HONOR Connect, pengguna iPhone kini boleh berkongsi fail, gambar dan video terus ke peranti Android dan Windows; termasuk laptop HONOR MagicBook Pro 14 secara dua hala dan tanpa gangguan.
Caranya mudah saja; cukup dengan memuat turun aplikasi HONOR Connect ke dalam iPhone atau iPad dan sambungan lintas sistem dapat dilakukan serta-merta.
Tak kira sama ada anda pengguna HONOR 400 series, HONOR Pad 10 atau MagicBook Pro 14 - ciri ini telah tersedia dan bakal diperluaskan ke lebih banyak peranti HONOR tidak lama lagi.
Ia bukan sekadar penambahbaikan tapi ia adalah satu anjakan paradigma dalam dunia produktiviti dan mobiliti digital.
HONOR MagicBook Pro 14: Simbol kuasa, mobiliti dan gaya
Dilancarkan secara rasmi pada 13 Jun 2025, HONOR MagicBook Pro 14 bukan sekadar sebuah laptop. Ia sebuah pernyataan tentang bagaimana sebuah peranti kerja dan hiburan harus berfungsi dalam era moden. Ditawarkan pada harga berbaloi iaitu RM4,999, namun ia hadir dengan:
32GB RAM
1TB SSD
Rekaan premium warna Putih Pearl Electrophoresis
Percuma Microsoft 365 Personal 1 Tahun
Percuma Backpack HONOR eksklusif (bernilai RM508)
Ketahanan bateri terunggul, cas sepantas kilat
Dikuasakan dengan bateri 92Wh Lithium Polymer iaitu saiz bateri terbesar dalam kelas 14 inci, MagicBook Pro 14 mampu bertahan hingga 12 jam penggunaan tipikal. Sama ada untuk mesyuarat pagi, sesi suntingan waktu petang atau penstriman malam. Semua mampu dilalui tanpa perlu mencari pengecas.
Lebih mengagumkan, ia menyokong teknologi 100W HONOR SuperCharge:
Cas 47 peratus dalam 30 minit
Pengecasan penuh dalam 68 minit
Ini adalah definisi sebenar produktiviti tanpa henti.
Rekaan nipis, ringan dan serba mewah
Dengan berat hanya 1.37kg dan setebal 15.9mm, laptop ini direka untuk bergerak bersama anda. Reka bentuk Vine-leaf Curves yang anggun dengan garisan Double Tangent Arcs memberi sentuhan yang halus tetapi bertenaga. Amat sesuai untuk profesional moden yang menghargai estetika dan fungsi dalam satu pakej.
Sistem penyejukan pintar, prestasi maksimum
HONOR MagicBook Pro 14 turut dilengkapi sistem penyejukan pintar dua mod dengan sirip udara berbentuk triangle wing, yang meningkatkan penyejukan sehingga 8.6% lebih efisien.
Bagi pengguna yang menuntut prestasi tinggi, HONOR MagicBook Pro 14 adalah jawapan kepada keinginan mereka:
Mod Prestasi 65W
Sesuai untuk perisian reka bentuk, permainan AAA dan tugasan multitugas intensif
Semua ini dalam casis 14 inci yang kompak. Anda boleh menyunting video, merender grafik atau mengendalikan pelbagai aplikasi sekaligus tanpa kompromi.
HONOR mengubah definisi ekosistem pintar
Apa yang diperkenalkan HONOR bukan sekadar laptop baharu. Ia adalah satu ekosistem terbuka, inklusif dan praktikal.
Ia menyatukan pengguna iOS, Android dan Windows dalam satu ruang produktiviti tanpa batas. Ia membuka era baharu dalam perkongsian digital.
Layari www.honor.com/my untuk maklumat lanjut dan promosi terkini.
HONOR MagicBook Pro 14 bukan sekadar peranti. Ia adalah simbol gaya hidup pintar generasi kini yang menuntut kelajuan, kecekapan dan keserasian merentas dunia digital.