Nahas pelajar UPSI: Syarikat bas sedia beri kerjasama

Iklan
Syarikat pengendali bas sedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung nahas yang mengorbankan 15 penuntut UPSI di Jalan Gerik-Jeli awal pagi Isnin.

KOTA BHARU - Syarikat pengendali bas, Kenari Utara bersedia memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung nahas bas yang mengorbankan 15 penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di Jalan Gerik-Jeli awal pagi Isnin.

Pegawai Operasi Kenari Utara, Mohd Nazri Nawi memaklumkan, kedua-dua pemandu bas terbabit yang masing-masing berusia 39 dan 52 tahun berasal dari Besut, Terengganu.

Iklan
Iklan

Menurut beliau, kedua-duanya dilaporkan mengalami kecederaan, namun pemandu berusia 52 tahun masih belum dapat dihubungi setakat ini.

"Kami akan bekerjasama dengan polis dan menyediakan semua dokumen yang diperlukan," katanya ketika ditemui di pejabatnya pada Isnin.

Iklan

Nazri memberitahu, pihaknya menerima berita kemalangan tersebut jam 1.10 pagi selepas dihubungi salah seorang pemandu dan beliau terus bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, kedua-dua pemandu berkenaan sebelum ini mempunyai banyak pengalaman dan tidak mempunyai rekod jenayah dan bebas pengaruh dadah.

Iklan

"Saya tidak dapat pastikan perkara sebenar yang berlaku dan menyerahkan siasatan kepada polis," katanya.

Beliau juga merayu kepada orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkan urusan siasatan kepada pihak berkuasa demi mendapatkan kepastian mengenai kejadian sebenar.