Guru-guru dari SMK Bandar Baru Sentul dan SK Taman Keramat (1) bergambar kenangan.
NURUL HIDAYAH HAMID
FOTO: MOHD HALIM ABDUL WAHID
10 Jun 2025 9:30 am
KUALA LUMPUR - Kira-kira 15,000 guru dari lebih 300 buah sekolah di seluruh negara diraikan oleh McDonald’s Malaysia sepanjang Mei sempena Sambutan Hari Guru McDonald’s 2025.
Pengarah Kanan Jenama McDonald’s Malaysia, Azman Mohammad berkata, McDonald’s Malaysia secara proaktif menganjurkan majlis penghargaan sama ada di restoran mahupun di kawasan sekolah berhampiran lokasi restorannya dengan menyediakan aktiviti menarik serta hidangan makanan.
"Sebagai jenama yang dekat di hati rakyat Malaysia, menyantuni guru adalah salah satu teras yang kami sentiasa amalkan. Kami mengambil inisiatif menganjurkan sambutan Hari Guru bermula pada tahun 2017.
"Setiap kali sambutan Hari Guru diadakan, senyuman dan keceriaan mereka menjadi pendorong kepada kami untuk menganjurkannya sembilan tahun berturut-turut," katanya.
Azman (tengah) bergambar bersama guru mewakili sekolah yang menerima sumbangan RM5,000 pada Sambutan Hari Guru McDonald’s 2025 di McDonald’s Jalan Tun Razak DT, di sini, pada Sabtu.
Iklan
Iklan
Iklan
Iklan
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis sambutan istimewa bagi meraikan guru-guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Baru Sentul dan Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Keramat (1) pada Sambutan Hari Guru McDonald’s 2025 di McDonald’s Jalan Tun Razak DT, di sini, pada Sabtu.
Tambah Azman, golongan guru sememangnya istimewa kepada McDonald's Malaysia dan menyuntik semangat kepada mereka mendidik anak bangsa.
Ujarnya, komitmen jenama itu turut dizahirkan dalam pelbagai bentuk termasuk pengagihan 500,000 baucar makanan percuma kepada guru di seluruh Malaysia pada tahun 2019 dan 2022.
Beberapa guru mengambil bahagian dalam aktiviti menarik disediakan sepanjang Sambutan Hari Guru Mekdi 2025.
"Kini memasuki tahun kesembilan, kempen tersebut terus mencerminkan dedikasi jangka panjang McDonald’s Malaysia dalam menghargai dan mengangkat peranan guru di seluruh negara," kata Azman.
Naik taraf bilik guru
Mengulas lanjut, Azman memaklumkan, selain menerima sambutan penuh kemeriahan, McDonald’s Malaysia juga berbesar hati menyumbangkan RM5,000 kepada 10 sekolah terpilih untuk menaik taraf bilik guru melibatkan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM50,000.
Beberapa guru mengambil bahagian dalam aktiviti menarik disediakan sepanjang Sambutan Hari Guru Mekdi 2025.
Beliau berharap sumbangan tersebut dapat membantu dan memberi keselesaan kepada guru.
Dalam pada itu, Azman memberitahu, program berteraskan komuniti itu dibawakan Program Komuniti @ McDonald’s dengan lebih 10,000 aktiviti kemasyarakatan dilaksanakan McDonald’s Malaysia setiap tahun melibatkan setiap lapisan masyarakat menerusi lebih 370 restorannya di seluruh negara.
Antaranya termasuklah sambutan Hari Bapa, Hari Guru dan program Kongsi Rezeki Ramadan baru-baru ini, serta tidak ketinggalan sumbangan barangan asas kepada golongan memerlukan.
Pada masa akan datang, McDonald’s Malaysia juga bercadang untuk mengadakan program korban sempena Aidiladha.