Virus perpecahan Titah Diraja
Iklan
Sultan Ibrahim berkenan bertitah pada Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2025 bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara. Foto Bernama
TITAH Diraja, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan bagi tahun 2025 sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim di Istana Negara perlu dicerna, dihadam dan digarap untuk menjadi garis panduan masa hadapan membina negara.
Baginda sering mengingatkan kepimpinan negara, parti dan masyarakat supaya berwaspada dan tidak bermain politik ke atas isu sensitif yang boleh menimbulkan perselisihan dan menggugat kestabilan negara.