Nurmala cekap kendali jentera bomba
Iklan
Nurmala di hadapan jentera FRT Mercedes yang sering dipandunya.
ISKANDAR PUTERI – Kecekapan mengendalikan beberapa jentera bomba menjadikan Pegawai Bomba Kanan 2, Khas Untuk Penyandang (KUP), Nurmala Sebli dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Iskandar Puteri disegani rakan setugas.
Antara jentera utama bomba yang boleh dikendalikan wanita berusia 41 tahun itu ialah Fire Rescue Tender (FRT) Scania, Lower Fire Rescue Tender (LFRT) Atego Mercedes dan jentera water tanker.