Tiga sekeluarga termasuk bayi 25 hari maut
Iklan
PARIT - Tiga sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia 25 hari maut dalam kemalangan di Kilometer 47 Jalan Ipoh-Lumut berhampiran Bota di sini, kira-kira jam 4 petang tadi.
Mereka yang maut adalah pemandu Proton Wira, Zamzainal Ahmad Kusharay, 49; ibu mentuanya, Salmah Abdul Manap, 65, dan anaknya, Mior Muhammad Qalish Zamzainal yang berusia 25 hari.
Isteri mangsa, Nor Iashah Abd Rani, 32, dan anaknya, Mior Mohamad Harraz Zamzainal, 3, dilaporkan masih menerima rawatan di Hospital Changkat Melintang di sini.