Tragedi malam raya, suami bakar rumah selepas bertengkar dengan isteri

Iklan
Kebakaran itu turut merebak ke dua lagi rumah di kawasan itu. Foto Agensi

JAKARTA - Ketibaan malam menjelang Aidiladha yang sepatutnya disambut penuh kesyukuran berakhir tragedi buat pasangan suami isteri ini.

Seorang lelaki tergamak membakar rumahnya di Jalan H Muchtar Raya, Petukangan Utara, Pesanggrahan, Jakarta Selatan di Indonesia pada malam Khamis.

Iklan
Iklan

Tindakan itu dibuat selepas pelaku yang berada dalam keadaan mabuk bertengkar dengan isterinya setelah mereka tidak lagi tidur sebilik.

"Api itu bagaimanapun semakin marak lalu merebak ke dua rumah yang lain," ujar jurucakap pihak berkuasa pada Jumaat.

Iklan

Jiran tetangga yang melihat kebakaran itu segera melaporkan kepada Pos Pemadam Kebakaran Sektor Pesanggrahan.

Api itu berjaya dikawal beberapa minit kemudian dan tiada kecederaan atau kematian dilaporkan.

Iklan

Kos kerugian harta benda dianggarkan mencecah 250 juta rupiah (RM72,463). - Agensi