Meninggal dunia di atas mimbar ketika sampaikan khutbah Jumaat

Iklan
Wakil masjid itu memaklumkan jenazahnya bakal diterbangkan ke Jakarta untuk urusan pengebumian. Foto Agensi

MAKASSAR - Seorang ustaz berdepan kematian yang dicemburui apabila beliau meninggal dunia semasa sedang menyampaikan khutbah solat Jumaat.

Ustaz Yahya Waloni menghembuskan nafas terakhir di Masjid Sarul Falah, Kota Makassar, Sulawesi Selatan di Indonesia.

Iklan
Iklan

Ia turut disahkan Ketua Masjid Falah, Syahruddin Usman kepada detikSulsel.

"Beliau menyampaikan khutbah pertama dengan penuh semangat dan mengandungi mesej tentang ketauhidan. Ketika khutbah kedua, beliau terduduk secara tiba-tiba di atas mimbar," ujarnya.

Iklan
Iklan

Sebelum pemergiannya, beliau juga sempat memberi khutbah sempena solat sunat Aidiladha di Jalan Rajawali, Makassar. - Agensi