GEORGETOWN - Sebuah lori sampah terbalik di Jalan Tunku Kudin di sini pagi tadi menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas sejauh 8 kilometer (km) dalam tempoh empat jam berikutan jalan ditutup untuk kerja pembersihan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal mendapati lori sampah tersebut datang dari arah Jambatan Pulau Pinang menghala ke bulatan Gelugor.