Tukang lapah harus faham hukum-hakam korban - Mufti
Iklan
Teknik melapah haiwan korban.
SHAH ALAM - Masyarakat disarankan merujuk kepada garis panduan rasmi dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan pihak berkuasa agama negeri sebelum melaksanakan ibadah korban termasuk dalam aspek pelapahan dan pengurusan tukang lapah.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Mohd Sukki Othman berkata, kepatuhan terhadap garis panduan itu bukan sahaja menjamin kesempurnaan ibadah tetapi juga mengangkat martabat korban sebagai lambang keikhlasan dan penyatuan umat Islam.