Beli kereta terpakai dapat lembu korban

Iklan
Sebuah kedai menjual kereta terpakai membuat promosi sempena Hari Raya Aidilfitri. Foto AEC TV Online

YALA, THAILAND – Sebuah kedai menjual kereta terpakai di sini tampil dengan promosi luar biasa apabila menawarkan lembu korban secara percuma kepada pelanggan yang membeli kereta sempena sambutan Hari Raya Aidiladha.

Menurut portal berita Thaiger, promosi unik yang dianjurkan pemilik Bangmod Used Car, Abidin Dulkanon, itu telah memasuki tahun kedua dan dinamakan sebagai 'Beli Kereta, Dapat Lembu'.

Iklan
Iklan

Berikutan itu, Abdulkareem Sameoh dari Khlong Maning, Pattani, terpilih sebagai pelanggan bertuah tahun ini setelah memenangi seekor lembu hasil cabutan khas bersempena acara istimewa anjuran Abidin.

Lelaki itu terpilih selepas membeli sebuah kereta terpakai bernilai 700,000 baht (sekitar RM91,000) dengan bayaran pendahuluan sebanyak 129 baht (sekitar RM17).

Iklan

Abdulkareem berkata, beliau terkejut dan gembira dengan kemenangan lembu korban tersebut.

"Saya baru sebulan memiliki kereta itu sebelum dipilih sebagai pemenang bertuah untuk kempen kedai kenderaan terpakai tersebut.

Iklan

"Inisiatif seperti itu sangat bermakna, bukan sahaja kepada pembeli, tetapi juga kepada masyarakat yang memerlukan,” katanya.

Menurut Abdulkareem, lembu berkenaan akan digunakan untuk ibadah korban dan dagingnya akan diagihkan kepada golongan kurang berkemampuan.