Gajet ibarat madu dan racun
Iklan
Kajian menunjukkan kanak-kanak yang terlalu lama menghabiskan masa di hadapan skrin berisiko mengalami masalah kesihatan seperti obesiti, gangguan tidur dan masalah penglihatan. Gambar hiasan
PENGGUNAAN gajet dalam kalangan kanak-kanak bukan lagi sesuatu yang asing. Telefon pintar, tablet dan komputer riba kini menjadi sebahagian kehidupan harian mereka.
Namun, persoalan yang timbul, sejauh mana gajet memberi kesan kepada perkembangan anak-anak kita? Adakah ia menjadi kawan yang membantu atau lawan yang merosakkan?