Bapa maut kemalangan selepas jemput anak di universiti

Iklan
Mangsa maut selelas mengalami kecederaan parah selepas kereta yang mereka naiki terbabas sendiri di Kilometer 30, Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU), Cegar Perah, Merapoh, di sini, Khamis. Foto IPD Lipis

LIPIS –Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera ringan selepas kereta yang mereka naiki terbabas di Kilometer 30, Jalan Lingkaran Tengah Utama (LTU), Cegar Perah, Merapoh, di sini, pada Khamis.

Kejadian kira-kira jam 7 malam itu berlaku ketika mangsa, Mohd Ruzi Mohd Yusof, 56, dalam perjalanan pulang ke kampung di Tanah Merah, Kelantan, selepas menjemput anaknya, Nur Adzilaini, 19, yang merupakan pelajar Universiti Geomatika Malaysia di Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di kedua-dua arah dan terbabas ke dalam longkang di bahu kiri jalan.

Keadaan kereta yang dinaiki dua beranak selepas terlibat dalam kemalangan pada malam, Khamis. Foto IPD Lipis

"Pemandu kereta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala anak perempuannya yang cedera ringan dihantar ke Hospital Kuala Lipis untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan awal pagi Jumaat.

Iklan

Beliau berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, Ismail memohon kerjasama orang ramai yang menyaksikan kejadian tersebut agar tampil membantu siasatan.

Iklan

"Kita menasihatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa memandu dengan berhati-hati dan memastikan kenderaan dalam keadaan selamat sebelum memulakan perjalanan.

"Bagi pihak IPD Lipis, saya dan seluruh warga IPD Lipis mengucapkan salam takziah kepada keluarga mangsa,” katanya.