'Silap langkah, tangan sendiri jadi mangsa pisau tajam'
Iklan
Hamzah menunjukkan pelbagai jenis pisau yang dimiliki.
KUANTAN – Tugas sebagai tukang sembelih dan tukang lapah dalam ibadah korban ibarat ‘kepala’ dan ‘badan’ yang perlu bergerak seiring bagi memastikan kelancaran pelaksanaan ibadah berkenaan.
Bagi tukang sembelih dan lapah berpengalaman, Hamzah Alias, 43, kedua-dua peranan itu sama penting dan tidak boleh dipandang ringan.