Setengah jam lapah lembu seorang diri
Iklan
Hadzim menunjukkan salah satu koleksi pisau melapah milikinya.
SEREMBAN - Hari Raya Aidiladha yang disambut esok bakal menyaksikan tukang sembelih dan tukang lapah sekali lagi menjadi tumpuan bagi menyempurnakan ibadah korban membabitkan lebih 50,000 haiwan ternakan.
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Selasa lalu memaklumkan, anggaran permintaan bagi lembu dan kerbau untuk ibadah korban tahun ini adalah sebanyak 34,451 ekor, manakala kambing dan bebiri sebanyak 22,453 ekor.