Jadikan SDG-SSE pendekatan Konsensus Nasional Baru
Iklan
PADA 23 Mei lalu, sebagai Timbalan Pengerusi Kumpulan Rentas Ahli Parlimen Malaysia Tentang Matlamat Pembangunan Mampan (APPGM-SDG), saya telah menutup Forum Matlamat Pembangunan Mampan-Ekonomi Solidariti Sosial (SDG-SSE) ASEAN 2025 anjuran Akademi MySDG, APPGM-SDG dan Majlis Ekonomi Solidariti Asia (ASEC).
Forum di Kuala Lumpur ini dihadiri peserta-peserta tujuh negara ASEAN (Indonesia, Filipina, Thailand, Vietnam, Laos, Kemboja dan Malaysia), Jepun dan Hong Kong. Tujuannya ialah membangunkan Peta Pelan SDG-SSE ASEAN 2026-2030.