Peniaga, Ratna Wilis (kiri) bersama Mohd Shafie Jahaluddin menggantung itik yang telah siap disalai sebelum dijual kepada orang ramai sempena mantai Aidiladha di gerainya di Kampung Ibol Terachi, Kuala Pilah, hari ini.
Itik salai, daging salai dan lemang antara menu yang sering dibeli oleh orang ramai semasa melalui jalan tersebut sebelum dibawa ke destinasi masing-masing.
Iklan
Iklan
Setiap seekor itik tersebut dijual bermula pada harga serendah RM65 hingga RM75 mengikut saiz.
Sambutan mantai di Negeri Sembilan lazimnya dilakukan secara gotong-royong dengan menyediakan bahan-bahan mentah seperti ayam, itik, daging atau melapah daging lembu, kambing serta membakar lemang untuk dijadikan juadah bersama ahli keluarga dan sanak saudara sebelum ketibaan Ramadan ataupun menjelang Aidilfitri dan Aidiladha. Foto Bernama