RM3.74 juta diluluskan untuk penyelenggaraan PPR Lembah Subang 1

Iklan
Chean Chung

PETALING JAYA - Kerajaan melalui Jabatan Perumahan Negara (JPN) di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah meluluskan peruntukan keseluruhan sebanyak RM3.74 juta bagi tujuan penyelenggaraan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Lembah Subang 1, di sini.

Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung, berkata berdasarkan permohonan yang dikemukakan, peruntukan itu telah diluluskan pada 29 April lalu, tertakluk kepada ketersediaan peruntukan dan pematuhan terhadap prosedur sedia ada.

Iklan
Iklan

"RM2 juta akan disalurkan oleh KPKT melalui peruntukan pembangunan JPN secara berperingkat, iaitu RM1 juta masing-masing pada tahun ini dan tahun 2026.

"Selain itu, RM1.74 juta pula akan ditanggung secara bersama oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Ahli Parlimen Petaling Jaya.

Iklan

"Sebagai Ahli Parlimen, saya turut dijemput menyertai mesyuarat penyelarasan pelaksanaan projek ini bersama KPKT, MBPJ serta agensi pelaksana, dan saya akan memastikan segala proses berjalan lancar serta amanah rakyat ini dilaksanakan secara telus,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Mengulas mengenai masalah lif yang kerap rosak di PPR tersebut, Chean Chung berkata beliau akan mencari penyelesaian jangka panjang bersama pihak berkaitan.

Iklan

"Saya menyedari bahawa penduduk masih berdepan cabaran lain termasuk masalah lif yang kerap rosak. Saya akan terus menyuarakan perkara ini serta mencari penyelesaian jangka panjang.

"Saya percaya, dengan kerjasama semua pihak iaitu kerajaan pusat, pihak berkuasa tempatan (PBT), dan penduduk, kita boleh membina kawasan perumahan yang lebih selesa dan selamat,” ujarnya.