‘Saya beri markah A plus kepada petugas Tabung Haji’

Iklan
Zaimah dan Fouzi.

MAKKAH – Rata-rata jemaah haji yang terpilih menyertai Program Prihatin Tetamu Ar-Rahman (Peneman) berpuas hati dengan perkhidmatan dan bantuan yang diberikan oleh petugas Tabung Haji (TH).

Seorang jemaah haji, Fouzi Daud, 70, berkata, beliau yang mengalami keuzuran dan perlu dibantu untuk bergerak, bersyukur kerana ramai petugas membantu apabila diperlukan.

Iklan
Iklan

"Bagi saya, Program Peneman ini amat baik. Bukan sahaja mereka (petugas TH) membantu saya untuk bergerak, tetapi juga memastikan saya dapat makan dan tidur dengan selesa. Mereka juga memberi nasihat dan maklumat yang diperlukan sepanjang masa.

"Mereka membantu saya bukan di Arafah sahaja, tetapi sejak dari hotel lagi. Saya beri mereka (markah) ‘A Plus’,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Khemah Peneman di Arafah di sini.

Iklan

Sementara itu, Zaimah Abdul Majid, 60, berkata, beliau bersyukur kerana namanya terpilih menyertai program berkenaan.

Katanya, beliau tidak mengetahui kewujudan program itu sehinggalah dimaklumkan oleh seorang doktor ketika mendapatkan rawatan di pusat rawatan TH di bangunan penginapan.

Iklan

"Alhamdulillah, mak cik terpilih serta Program Peneman ini. Mak cik bukan senang nak bergerak, kalau tak terpilih, bagaimana nak ke tandas.

"Puas hati sangat dengan bantuan petugas. Mak cik dah lah berat, tetapi mereka tetap angkat mak cik atas kerusi roda,” katanya.

Zaimah yang mengalami bengkak kaki berkata beliau sukar berjalan sejak tiba di Madinah dan terpaksa membeli kerusi roda untuk bergerak.

"Mak cik tak boleh baring di lantai sebab kaki mak cik besar sebelah. Nak buat apa pun kena orang tolong.

"Alhamdulillah, petugas Tabung Haji banyak tolong mak cik,” katanya.