Tukang pisau

Iklan
Pembuat pisau, Muhammad Al Hafiz Nasir, 28, menunjukkan pisau dan kapak milik pelanggan yang sudah siap ketika tinjauan Bernama di Kampung Gelugur Kedai hari ini.

Sambutan Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi memberi limpahan rezeki kepada tukang pisau apabila permintaan terhadap parang dan pisau meningkat secara mendadak untuk digunakan dalam ibadah korban.

Minat yang dipupuk sejak usia 12 tahun mendorong beliau menjadi generasi keempat dalam keluarganya yang mewarisi kepakaran dalam pembuatan pisau, hasil daripada penglibatan awal membantu keluarganya di bengkel.

Menurutnya, beliau menerima lebih 200 tempahan pisau dan kapak pelbagai jenis, dengan harga antara RM80 hingga RM120 seunit, bergantung kepada jenis besi, ukuran, dan model yang dikehendaki pelanggan.