Jurujual didakwa bunuh pemilik kedai alat ganti motosikal

Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan kes berkenaan sebelum ini.

BUKIT MERTAJAM - Seorang jurujual dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini atas pertuduhan membunuh seorang pemilik kedai alat ganti motosikal awal bulan ini.

Tertuduh, Hiew Kean Aun, 45, didakwa membunuh Leow Choong Leong, 41, di hadapan sebuah kedai serbaneka di Jalan Impian Ria, Taman Impian Ria, Alma pada jam 10.38 malam 2 Mac lalu.

Iklan
Iklan

Kean Aun didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin yang bertindak sebagai Majistret.

Iklan

Ahzal kemudian menetapkan 20 April depan untuk tarikh sebutan semula kes sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa.

Tertuduh dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pagi tadi.

ARTIKEL BERKAITAN: Lepas ditikam, dilanggar sampai mati

Iklan

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohammad Nazri Abdul Rahim manakala tertuduh diwakili Peguam Y Anbanathan.

Dalam kejadian 2 Mac lalu, seorang lelaki dilaporkan mati selepas ditikam dan dilanggar sebuah kenderaan dalam kejadian di Taman Impian Ria, Machang Bubok di sini.

Mangsa ditemukan orang awam dalam keadaan berlumuran darah dan terbaring di hadapan sebuah kedai serbaneka di kawasan perumahan tersebut kira-kira jam 9.50 malam.

Mangsa dipercayai ditikam sebelum dilanggar sebuah kenderaan jenis Ford Ranger berwarna oren.