Pantai Hospital Ayer Keroh berjaya laksana prosedur TEER

Iklan
Dr Nor Izham (tiga dari kanan) dan Yew Aik (kanan) bersama barisan doktor pakar kardiologi antarabangsa.

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Pantai Hospital Ayer Keroh telah berjaya melaksanakan prosedur Transcatheter Edge-to-Edge Repair (TEER) pertama di selatan Malaysia menggunakan peranti MitraClip.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Yew Aik berkata, kejayaan itu menandakan pencapaian penting dalam penjagaan kesihatan jantung di Malaysia.

Iklan
Iklan

"Pencapaian ini membuktikan usaha pihak hospital terhadap kecemerlangan klinikal dan inovasi.

"Bersama dengan prosedur invasif minimum lain, kami turut mempunyai prosedur Transcatheter Aortic Valve Implantation (TAVI) dan peranti WATCHMAN dan pelaksanaan TEER mengukuhkan lagi kardiologi sebagai salah satu pusat kecemerlangan utama di hospital kami,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Iklan

Sementara itu, menurut Pakar Perunding Kardiologi, Datuk Dr Nor Izham Aziz, TEER merupakan prosedur invasif minimum untuk merawat masalah kebocoran injap jantung dalam kalangan pesakit yang mengalami Mitral Regurgitation (MR).

Ujarnya, semasa prosedur, tiub halus (kateter) akan dipandu melalui salur darah dari kaki ke jantung dan satu klip kecil kemudian dipasang pada injap mitral untuk membolehkannya tertutup dengan lebih sempurna, sekali gus memperbaiki aliran darah serta mengurangkan simptom pesakit.

Iklan

"MR berlaku apabila injap antara dua ruang jantung gagal tertutup dengan sempurna, menyebabkan darah mengalir semula ke arah yang salah.

"Keadaan ini menyebabkan jantung bekerja lebih keras dan boleh membawa kepada sesak nafas, keletihan, dan akhirnya kegagalan jantung jika tidak dirawat.

"TEER adalah pilihan ideal bagi pesakit warga emas atau berisiko tinggi yang mungkin tidak sesuai untuk menjalani pembedahan jantung terbuka. Ia menawarkan kaedah rawatan yang lebih selamat dan kurang invasif untuk membaiki injap,” katanya.