SEOUL - Presiden baharu Korea Selatan, Lee Jae-myung dijadual mempengerusikan mesyuarat Kabinetpertamanya pada Khamis, selepas secara rasmi memulakan tugas awal minggu ini, lapor agensi berita Yonhap.
Menurut Pejabat Presiden, Jae-myung dijangka menekankan keperluan kesinambungan dalam pentadbiran negara serta kepentingan menegakkan disiplin dalam perkhidmatan awam semasa mesyuarat yang turut disertai ahli Kabinetpentadbiran terdahulu di bawah Yoon Suk-yeol.
Iklan
Iklan
Pada Rabu, Jae-myung menolak tawaran peletakan jawatan ahli kabinet, kecuali Menteri Perundangan, Park Sung-jae, sebagai langkah memastikan kestabilan dan kesinambungan tadbir urus.
Mesyuarat Kabinetmemerlukan 21 anggota, yang dijangka akan terus memegang jawatan masing-masing sehingga Jae-myung melantik Kabinetbaharu, satu proses yang mungkin mengambil masa beberapa minggu kerana memerlukan perbicaraan pengesahan Parlimen.
Secara berasingan, Jae-myung juga akan mempengerusikan mesyuarat bagi menilai sistem keselamatan negara.
Jae-myung memulakan pentadbiran pada Rabu tanpa tempoh peralihan, selepas pilihan raya presiden awal pada 3 Jun diadakan bagi menggantikan Yoon yang disingkirkan daripada jawatan susulan kegagalan percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera. - Bernama
Artikel Berkaitan