Remaja sesat cari lembu hilang

Iklan
Pihak bomba mengaktifkan pos dan operasi SAR di Kampung Permatang Pasir.

MELAKA – Gara-gara mencari lembu yang hilang, seorang remaja lelaki dilaporkan sesat di kawasan Kampung Permatang Pasir, di sini pada Rabu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Timbalan Penguasa Bomba II, Mohd Hafidzatullah Rashid, berkata, operasi mencari dan menyelamat mangsa berusia 15 tahun itu dilakukan selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden itu pada jam 11.54 malam.

Iklan
Iklan

Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diterima, remaja terbabit dipercayai hilang selepas keluar mencari lembu sejak petang hari yang sama sebelum dia dilaporkan hilang.

"Komander Operasi Pegawai yang tiba di lokasi sejurus menerima aduan memaklumkan bahawa benar berlaku kehilangan seorang remaja lelaki dipercayai sesat ketika keluar mencari lembu.

Anggota polis yang turut bersama dalam operasi mencari mangsa yang dilaporkan hilang.

Iklan

"Operasi itu diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Akhbar Abdol Karim dan dibantu enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Padang (BBP) Temu," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Jelasnya, operasi pencarian yang dilakukan di sekitar kawasan kandang lembu turut dibantu oleh pasukan polis dan orang awam sehingga jam 1.35 pagi sebelum disambung pada 7 pagi ini.

Iklan

Difahamkan sehingga kini, operasi pencarian mangsa masih diteruskan sejak awal pagi tadi.