Gajah liar ‘serbu’ kedai runcit, jamah manisan lebih 10 minit

Iklan
Plai Biang Lek yang memasuki kedai runcit untuk menjamah manisan. - Foto: Matichon.

THAILAND – Seekor gajah liar mengejutkan penduduk apabila masuk ke sebuah kedai runcit dan menikmati manisan dalam kejadian di Thailand baru-baru ini.

Menurut media Matichon, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang ketika pemilik kedai, Ploy, sedang melayan pelanggan.

Iklan
Iklan

Gajah yang dikenali sebagai Plai Biang Lek itu tiba-tiba keluar dari hutan dan terus melangkah masuk ke dalam premis berkenaan.

Ploy yang terkejut dengan kehadiran haiwan tersebut segera melarikan diri ke tempat selamat dan menelefon pihak Taman Negara Khao Yai untuk mendapatkan bantuan.

Iklan

Dalam pada itu, usaha untuk menghalau gajah tersebut dilakukan bersama pihak berkuasa, namun tidak berhasil.

Plai Biang Lek tidak mengendahkan panggilan mereka dan terus berada di dalam kedai lebih 10 minit.

Iklan

Dalam tempoh itu, ia sempat menikmati pelbagai manisan termasuk nang led, sejenis kuih tradisional rangup Thailand.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) turut menunjukkan gajah itu mengambil beberapa biji telur dari rak jualan.

Difahamkan, sebelum keluar, gajah berkenaan sempat mencapai satu lagi paket snek sebagai 'bekalan'.

Tindakan itu mengejutkan orang ramai kerana gajah liar biasanya lebih gemar makanan masin seperti kerepek kentang.

Menurut sumber tempatan, gajah tersebut sering dilihat berkeliaran di sekitar Taman Negara Khao Yai dan penduduk setempat mengenalinya kerana kerap lalu di hadapan kedai berkenaan.

Bagaimanapun, ini merupakan kali pertama Plai Biang Lek masuk ke dalam premis sehingga menyebabkan sedikit kerosakan.