33 pekerja kilang cedera ringan, bas terbalik

Iklan
Keadaan di lokasi kemalangan di Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, di sini, pada Khamis.

BANGI – Seramai 33 pekerja kilang warga asing cedera ringan selepas bas yang mereka naiki terbabas dan terbalik di Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, di sini pada Khamis.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkaitan insiden itu pada jam 6.59 pagi.

Iklan
Iklan

"Seramai 13 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi serta bantuan BBP Kajang bergegas ke lokasi kejadian yang jaraknya sejauh empat kilometer," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Ahmad Mukhlis berkata, bas kilang terbabit yang membawa 44 lelaki yang juga pekerja kilang warga asing dipercayai telah terbabas dan terbalik.

Anggota Bomba dan Penyelamat turut membantu mangsa yang cedera Salam kemalangan di lokasi kemalangan di Seksyen 13, Bandar Baru Bangi, di sini, pada Khamis.

Iklan

"Kami tiba di lokasi enam minit kemudian dan mendapati seramai 33 orang mangsa mengalami cedera ringan.

"Lapan daripada jumlah itu telah dibawa ke Hospital Kajang dan Hospital Serdang dengan menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia serta kenderaan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya.

Iklan

Beliau berkata, manakala selebihnya diberi rawatan di lokasi kejadian.

"11 mangsa lagi dalam keadaan selamat," ujarnya.