'Saya hanya dengar dentuman kedai runtuh'
Iklan
Mohd Said menunjukkan sebahagian kedai makan diusahakannya runtuh akibat hakisan Sungai Perak.
PARIT - Hakisan tebing Sungai Perak yang berlaku di Kampung Dusun Hulu, Kampung Dusun Hilir dan Kampung Selat di sini semakin membimbangkan penduduk.
Seorang penduduk, Mohd Said Zar, 62, berkata, keadaan itu menyebabkan dia kehilangan sumber pendapatan apabila sebahagian struktur kedai makan yang diusahakan runtuh.