PRK untuk Tengku Zafrul?
Iklan
Tengku Zafrul
PENGUMUMAN Tengku Zafrul untuk keluar UMNO dan menyertai PKR adalah langkah untuk membolehkan pilihan raya kecil (PRK) untuk menjadi Menteri Besar (MB) Selangor atau kekal di Kabinet. Akan tetapi, PRK mungkin mencederakan riwayat politik PMX, bukan saja Tengku Zafrul.
Saya rasa terhibur sedikit apabila langkah Tengku Zafrul diberi banyak kupasan yang menekankan sifat ‘peribadi’ dan bukan faktor bersifat struktur. Ciri ‘peribadi’ Tengku Zafrul yang paling unik ialah hubungan istimewa beliau dengan istana-istana.