Teka-teki empat pemain warisan baharu terjawab

Iklan
Dari kiri; Holgado, Irazabal, Figueiredo dan Machuca. Foto Facebook Malaysia NT

PASUKAN bola sepak negara mengumumkan empat pemain warisan baharu iaitu Imanol Machuca, Jon Irazabal, Joao Figueiredo dan Rodrigo Holgado secara rasmi menyertai skuad senior Harimau Malaya.

Perkembangan tersebut dikongsi pasukan kebangsaan sebentar tadi yang memaklumkan bahawa mereka sudah menjalani latihan bersama skuad sejak beberapa hari lalu.

Iklan
Iklan

Malah mereka juga menunjukkan prestasi yang cukup membanggakan dan sebagai pemain yang berkualiti, cukup bersedia untuk memperkukuh skuad negara demi merealisasikan impian seluruh rakyat Malaysia.

"Sejak saya tiba di kem latihan negara, Malaysia telah memberikan yang terbaik untuk saya.

Iklan

"Saya dapat merasakan ia sesuatu yang amat istimewa untuk mewakili pasukan Harimau Malaya dan ia adalah satu penghormatan, dan saya akan berikan segalanya,” ujar Machuca.

Malah laman Facebook Malaysia NT turut berkongsi klik video keempat-empat pemain itu menjalani latihan di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Iklan

Holgado pula meluahkan sudah berasa jatuh cinta dengan suasana dan negara ini.

"Sekarang saya mula faham apa maknanya bermain untuk Malaysia - dan saya sedia berikan segala-galanya,” katanya.

Irazabal turut berkongsi keterujaannya bermain untuk skuad negara selain menyifatkan sebagai momen yang cukup unik.

"Saya telah memilih Malaysia kerana percaya di sinilah tanggungjawab kebangsaan saya sebenarnya terletak.

"Saya sudah mula merasai sendiri betapa istimewa dan uniknya bermain untuk Malaysia,” katanya.

Figueiredo pula menyatakan hasratnya untuk melangkah lebih jauh bersama skuad kebangsaan di pentas Asia.

"Secara peribadi, musim ini amat bermakna bagi saya. Kini dapat mewakili Malaysia serta berkongsi impian ini bersama anda semua - untuk melangkah lebih jauh di peringkat Asia dan dunia. Ia benar-benar satu penghormatan.

"Saya tak sabar merasai sokongan dan kasih sayang daripada para penyokong. Ia sesuatu yang unik dan luar biasa,” ujarnya.

Skuad Harimau Malaya bimbingan Peter Cklamovski dijadual menentang Vietnam dalam Pusingan Kelayakan Piala Asia 2027 di SNBJ pada 10 Jun ini.