MatYip nak dapat adik girl: Syatila Melvin

Iklan

PELAKON Syatila Melvin berkongsi berita gembira bakal menimang bayi perempuan menerusi muat naik sekeping gambar imbasan ultra untuk anak keduanya itu.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di laman Instagram miliknya semalam, isteri kepada hero filem Polis Evo, Shaheizy Sam ini turut meluahkan rasa syukurnya apabila hasrat untuk mendapatkan anak perempuan bakal menjadi kenyataan.

Foto Instagram Syatila Melvin

Iklan
Iklan
Iklan

"Tudiaaaaa dia bok keluaq lidahh pulak bila ibu bapak dia mai tengok dia. Dulu masa scan MatYip pun asyik senyum jaaa. Adik dia pun sama.

"Alhamdulillah MatYip nak dapat adik girl. Syukur atas rezeki ini ya Allah. Adik dia sebijik muka Syeriv masa scan dulu,” tulis Syatila pada kapsyen.

Iklan

Syatila dan Shaheizy Sam mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Syeriv Samheizy, 2.