Lembu sado Bachok laris dijual, harga cecah RM28,000 seekor

Iklan
Jajahan Bachok yang terkenal sebagai hab pengeluaran lembu sado mulai 'diserang' oleh orang ramai untuk mendapatkan haiwan mamalia tersebut untuk dijadikan korban pada Aidiladha ini.

BACHOK - Jajahan Bachok yang terkenal sebagai hab pengeluaran lembu sado kini menjadi tumpuan orang ramai yang mahu mendapatkan haiwan tersebut untuk ibadah korban sempena Aidiladha.

Penternak lembu sado dari Kampung Panjang, Perupok, Mohd Zulkifli Ali, 40, mengakui bahawa lebih 40 ekor lembu peliharaan telah habis dijual menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha yang bakal tiba tidak lama lagi.

Iklan
Iklan

"Di sini terdapat 12 penternak utama dan kesemua lembu sado telah habis dijual, walaupun Aidiladha masih berbaki beberapa hari lagi,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Mohd Zulkifli harga tertinggi yang berjaya dijual penternak di Bachok ialah RM28,000 seekor manakala termurah RM15,000.

Menurut beliau, harga tertinggi yang berjaya dijual mencecah RM28,000 seekor, manakala harga paling rendah sekitar RM15,000 seekor.

Iklan

Ujarnya, kesemua lembu tersebut dibeli oleh golongan orang kenamaan dari seluruh negara, terutama dari Selangor, untuk disumbangkan kepada masjid bagi tujuan ibadah korban.

"Walaupun jualan sudah habis, kami masih menerima banyak permintaan kerana lembu sado dari Bachok dianggap antara baka terbaik,” jelasnya.

Iklan

Tambah beliau, kelebihan lembu sado Bachok terletak pada bentuk badannya yang besar serta otot berganda sehingga boleh mencecah berat sehingga satu tan.