PUTRAJAYA - Penguatkuasaan Permit Kemasukan Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura akan dilaksanakan sepenuhnya bermula 1 Julai ini.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, penguatkuasaan itu selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu adalah menjadi kesalahan jika mana-mana orang yang memandu kenderaan motor asing tanpa permit sebelum memasuki atau berada dalam Malaysia.