Mayat wanita dikelar suami dibawa ke Hospital Melaka

Iklan
Laporan Sinar Harian mengenai seorang isteri maut selepas dipercayai dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir pada Isnin.

MELAKA - Mayat seorang wanita yang maut dipercayai akibat dikelar suaminya pada Isnin lalu telah dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

Difahamkan, mayat wanita tersebut dihantar ke hospital berkenaan kira-kira jam 3 petang pada Selasa, dengan diiringi beberapa orang waris.

Iklan
Iklan

Tinjauan Sinar Harian pada pagi Rabu di pekarangan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka bagaimanapun mendapati tiada waris yang menunggu di lokasi.

Selain itu, dipercayai proses bedah siasat sedang dijalankan bermula jam 9 pagi sebelum mayat dituntut oleh waris keluarga yang dijangka pada tengah hari.

Iklan

Sinar Harian pada malam Selasa melaporkan seorang wanita maut selepas dipercayai dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir.

Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 30-an turut dipercayai cuba membakar rumah ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, Muar, yang terletak kira-kira 40 kilometer dari kediamannya.

Iklan

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

Dalam perkembangan terkini, suspek telah direman selama tujuh hari bermula Rabu selepas dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak.