Nora hadir ke mahkamah untuk sebutan kedua kes penceraian

Iklan
Datuk Nora Ariffin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling bagi sebutan kes perceraian beliau dan suaminya Dr Rushdi Ramli pada Rabu. Foto Sinar Harian ASRIL ASWANDI SHUKOR

PETALING JAYA – Penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling di sini bagi sebutan kedua kes penceraiannya dengan suami, Dr Rushdi Ramli pada Rabu.

Nora atau nama penuhnya, Wan Norafizah Ariffin, 52, memaklumkan bahawa beliau tetap akan meneruskan penceraian dengan Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul di sebuah universiti di ibu negara itu.

Iklan
Iklan

"Insya-ALLAH, hari ini adalah untuk proses pelantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

"Saya lantik kakak angkat saya,” katanya ringkas dan tenang ketika ditemui hadir untuk sebutan kedua kes penceraian tersebut.

Iklan

Pada 21 April lalu, Nora hadir ke mahkamah sama bagi memfailkan permohonan perceraian selepas rumah tangganya gagal menemui titik penyelesaian.

Bagaimanapun, Dr Rushdi dalam prosiding pertama bulan lalu menyatakan bahawa beliau masih menyayangi isterinya dan tidak mahu bercerai sewenang-wenangnya.

Iklan

Untuk rekod, Nora mengesahkan telah bergelar isteri kepada Dr Rushdi pada tahun 2021.

Terdahulu, Nora pernah mendirikan rumah tangga dengan komposer terkenal, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Bagaimanapun, arwah Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.