Bekas pengadil EPL jadi penghantar barang

Iklan
Coote kini bekerja sebagai penghantar barang buat syarikat kurier Evri.

BEKAS pengadil Liga Perdana Inggeris (EPL), David Coote dilaporkan kini bekerja sebagai penghantar barang untuk syarikat kurier Evri, beberapa bulan selepas dipecat susulan pendedahan video kontroversi.

Coote, 42, dipecat oleh Badan Pegawai Perlawanan Profesional (PGMOL) pada Disember lalu selepas beberapa rakaman video tersebar termasuk insiden beliau menghina bekas pengurus Liverpool, Jurgen Klopp serta satu klip lain yang menunjukkan beliau menghidu serbuk putih ketika bertugas sebagai pegawai perlawanan pada Euro 2024.

Iklan
Iklan

PGMOL menyifatkan tindakan tersebut telah mencemarkan integriti profesion dan menamatkan perkhidmatannya serta-merta.

Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) turut mengenakan penggantungan 16 bulan ke atas Coote atas pelanggaran etika dan mencemarkan nama baik bola sepak Eropah.

Iklan

Menerusi laporan akhbar The Sun, Coote kini dilihat kembali ke kehidupan biasa dan bekerja sebagai penghantar Evri di sekitar Newark, Nottinghamshire.

"Saya hanya mahu teruskan hidup dan cari rezeki yang jujur.

Iklan

"Ini bukan kerjaya jangka panjang, tapi ia bantu saya kekal sibuk dan fokus pada perkara penting seperti keluarga dan kawan,” kata Coote.

Coote pernah mengadili lebih 100 perlawanan EPL sebelum digantung pada November 2024.

Beliau juga disiasat berhubung dakwaan berkaitan pertaruhan perlawanan, namun menafikan sebarang salah laku.