Elak jadi duta vape
Iklan
Semua pihak harus berganding bahu memainkan peranan bagi memastikan generasi muda tidak dibelenggu dengan vape yang bukan sahaja sia-sia, malah boleh merosakkan masa hadapan - Gambar hiasan
AWANG sokong sangat pandangan Tan Sri Lee Lam Thye bahawa pempengaruh (influencer) patut elak diri daripada jadi duta vape. Banyak perkara lain mereka boleh terbabit tetapi amalan vape dan merokok sepatutnya dielakkan.
Lam Thye yang merupakan Pengerusi Ikatan Komuniti Selamat mengatakan pengaruh yang ada pada mereka patutnya digunakan degan betul. Ramai yang punya pengikut besar dalam talian. Ada yang berjuta-juta orang.