Lelaki kelar isteri hingga maut, cuba bakar rumah mentua

Iklan
Seorang lelaki kelar isteri hingga maut, cuba bakar rumah mentua dalam kejadian pada Isnin.

TANGKAK - Seorang isteri maut selepas dipercayai dikelar suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Cahaya, Bukit Gambir, di sini pada Isnin.

Menurut sumber, suspek yang berusia lingkungan 30-an itu turut dipercayai cuba membakar rumah ibu mentuanya di Lenga, Pagoh, Muar yang terletak kira-kira 40 kilometer dari kediamannya.

Iklan
Iklan

Tindakan suspek itu bagaimanapun tidak berjaya dan hanya sempat membakar beberapa kenderaan yang berada di bahagian luar rumah.

Suspek kemudian berjaya diberkas polis selepas pulang ke kediamannya di Bukit Gambir pada pagi Selasa.

Iklan

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Roslan Mohd Talib ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan kenyataan media akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Suspek lelaki itu akan dibawa ke Mahkamah Majistret Tangkak untuk mendapatkan permohonan reman pada pagi Rabu.

Iklan