Pemandu terlelap, bas ekspres bawa 25 penumpang terbalik dalam longkang

Iklan
Seramai 25 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaiki terbabas ke dalam longkang di Kilometer 342.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini pada Selasa.

TAPAH - Seramai 25 penumpang sebuah bas ekspres berdepan detik cemas selepas kenderaan dinaiki terbabas dan terbalik ke dalam longkang di Kilometer 342.2 Lebuhraya Utara Selatan arah selatan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Johari Yahya berkata, kemalangan berlaku sekitar jam 1 petang ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur.

Iklan
Iklan

Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berpunca daripada pemandu bas yang mengalami microsleep ketika memandu sehingga menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan sebelum terhumban ke dalam longkang.

Kemalangan berlaku sekitar jam 1 petang ketika bas berkenaan dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) Kuala Lumpur.

"Seramai 25 penumpang dan pemandu berada dalam bas ketika kejadian. Semua berjaya keluar dengan bantuan orang awam.

Iklan

"Dalam kejadian ini, tiga penumpang mengalami cedera ringan manakala 22 lagi terselamat tanpa sebarang kecederaan," katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, mangsa yang cedera telah dikejarkan ke Hospital Slim River untuk menerima rawatan lanjut di zon hijau, manakala penumpang lain telah meneruskan perjalanan menggunakan bas ganti yang disediakan.

Iklan

Tambah beliau, setakat ini tiada tangkapan dibuat, namun saringan air kencing akan dijalankan ke atas pemandu bas berusia 31 tahun sebagai sebahagian daripada siasatan.

Seramai 25 penumpang dan pemandu berada dalam bas ketika kejadian. Semua berjaya keluar dengan bantuan orang awam.

"Hasil semakan juga mendapati pemandu berlesen penuh kelas E dengan lesen kenderaan motor (LKM) serta insurans kenderaan masih sah sehingga Mac tahun depan," katanya.

Nahas tersebut turut dikongsi Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di akaun media sosialnya bersama peringatan 'Cegah microsleep. Dapatkan rehat yang secukupnya sebelum meneruskan perjalanan'.