Madu ugut sebar gambar aib cikgu dibebaskan dengan jaminan polis

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung kes madu direman sebar gambar aib guru

MELAKA – Seorang ejen insurans yang disyaki mengugut dan menyebarkan gambar bogel madunya, yang juga seorang guru wanita, pada Mac lalu, telah dibebaskan dengan jaminan polis pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, wanita berusia 53 tahun itu dibebaskan selepas tempoh reman selama dua hari tamat.

Iklan
Iklan

"Suspek direman sebelum ini bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.

"Setakat ini, suspek belum dituduh dan dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu keputusan daripada Timbalan Pendakwa Raya,” katanya ketika dihubungi pemberita pada Selasa.

Iklan

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Mahkamah Majistret Melaka membenarkan wanita berkenaan, yang juga ibu kepada empat anak, direman selama dua hari selepas permohonan dibuat oleh pegawai penyiasat.

Menurut sumber, wanita itu ditahan kira-kira jam 10.15 malam Ahad lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) oleh sepasukan polis.

Iklan

Penahanan dilakukan selepas seorang guru wanita berusia 47 tahun, yang juga madunya, membuat laporan polis apabila mendapati gambar bogelnya bersama suami disebarkan, dipercayai oleh suspek menerusi sepucuk surat yang dikirimkan kepada bapanya.