Projek Kota Madani: Putrajaya ke arah bandar mampan, pintar

Iklan
Zaliha membentangkan projek Kota Madani kepada Anwar sambil disaksikan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ), Datuk Fadlun Mak Ujud.

PUTRAJAYA – Sebuah pembangunan strategik dikenali sebagai Kota Madani bakal direalisasikan di Putrajaya melibatkan keluasan 41 hektar sekali gus menandakan satu langkah besar ke arah memperkukuhkan imej bandar itu sebagai model pembangunan mampan dan inklusif.

Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkata, projek berintensiti tinggi dan vertikal itu akan menempatkan 10,000 unit kuarters kediaman yang mampu menampung lebih 30,000 penduduk serta menggabungkan elemen kecerdasan buatan (AI), infrastruktur digital canggih dan sistem mobiliti hijau.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pembinaan Kota Madani selari dengan visi Bandar CHASE yang menekankan aspek keterangkuman, kemampanan dan teknologi.

"Hari ini saya berkesempatan membentangkan konsep pembangunan Kota Madani kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan

"Projek ini merupakan satu pelaburan strategik jangka panjang dalam merangka agenda pembangunan mampan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Selasa.

Tambah beliau, majlis pecah tanah projek Kota Madani dijadual berlangsung pada 26 Jun ini.

Iklan