EAIC dedah kelemahan proses kelulusan borang pengikraran kastam

Iklan
EAIC menjalankan siasatan terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) susulan aduan berkaitan kegagalan mengambil tindakan terhadap pengimport dan ejen kastam yang melanggar Perintah Tetap Kastam.

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) menjalankan siasatan terhadap Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) susulan aduan berkaitan kegagalan mengambil tindakan terhadap pengimport dan ejen kastam yang melanggar Perintah Tetap Kastam.

EAIC dalam kenyataan pada Selasa memaklumkan, siasatan itu dilakukan mengikut subseksyen 27(4) Akta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan 2009 (Akta 700) selepas suruhanjaya berkenaan menerima aduan berhubung isu terbabit.

Iklan
Iklan

"Hasil siasatan mendapati (wujud) kelemahan dalam proses meluluskan Borang Pengikraran Kastam bagi melepaskan barang dagangan import dan terdapat pengimport serta ejen kastam yang telah membuat pengikraran tanpa mematuhi Perintah Tetap Kastam sedia ada.

"Sehubungan itu, EAIC memutuskan untuk merujuk syor penambahbaikan kepada pihak JKDM bagi meningkatkan kawalan dan pematuhan ke atas Perintah Tetap Kastam oleh pengimport dan ejen kastam," katanya.

Iklan
Iklan

Menurut kenyataan itu, mesyuarat juga mengesyorkan agar JKDM mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pengimport dan ejen kastam yang didapati melanggar Perintah Tetap Kastam.