Pemuda UMNO Selangor masih relevan, kukuh di akar umbi
Iklan
Mohd Imran Tamrin
SHAH ALAM - Kehadiran lebih 17,000 ahli dalam persidangan cawangan Pemuda UMNO di seluruh Selangor membuktikan bahawa institusi politik itu masih kukuh dan terus relevan di peringkat akar umbi.
Iklan
Iklan
Ketua Pemuda UMNO Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin berkata, jumlah penyertaan yang tinggi itu mencerminkan komitmen dan semangat juang ahli-ahli Pemuda dalam memperkukuh peranan parti menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
BBeliau yang mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan Pemuda UMNO Negeri Selangor pada malam Isnin turut merakamkan penghargaan kepada 1,136 cawangan yang berjaya melaksanakan persidangan masing-masing dari 7 April hingga 25 Mei lalu.
Iklan
"Ini bukan sahaja memperlihatkan semangat ahli-ahli Pemuda, tetapi juga menunjukkan bahawa Pemuda UMNO kekal menjadi suara penting dalam membentuk dasar dan halatuju parti, terutama menjelang PRU16 nanti,” katanya.
Tambah Imran, Pemuda UMNO perlu diberi peranan lebih besar dalam Kerajaan Perpaduan sama ada di peringkat negeri mahupun pusat, bagi membolehkan mereka menyumbang secara lebih aktif kepada agenda pembangunan negara.
Iklan
Mesyuarat turut memaklumkan bahawa Mesyuarat Persidangan Pemuda Bahagian akan berlangsung bermula 9 Jun hingga 27 Julai 2025.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Enggan dedah perincian, Hannah minta hormati keputusan CEC DAP"><meta itemprop="description" content="Timbalan Setiausaha Agung DAP, Hannah Yeoh enggan mendedahkan perincian perbincangan dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang memuktamadkan keputusan Setiausaha Agung parti itu, Anthony Loke untuk menawarkan diri meletakkan jawatan sebagai Menteri Pengangkutan, lapor wartawan Sinar Harian, Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan. 
Tegasnya, keputusan muktamad CEC yang disifatkan sebagai badan pembuat keputusan tertinggi parti itu perlu dihormati.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797282/berita/politik/enggan-dedah-perincian-hannah-minta-hormati-keputusan-cec-dap
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #DAP #politik #hannahyeoh"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-21T08:55:19.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P42S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbazf3i"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbazf3i"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbazf3i"></script>