Pilihan Raya Negeri Sabah
Iklan
Kerjasama antara GRS, PH dan BN menjelang PRN Sabah adalah tidak mustahil tetapi bakal berdepan dengan ranjau. - Gambar hiasan. Gambar kecil, Syahruddin dan Awang Azman.
DEWAN Undangan Negeri Sabah akan terbubar secara automatik pada penghujung September ini atau dibubarkan oleh Tuan Yang Dipertua Negeri (TYT) pada bila-bila masa di atas permohonan Ketua Menteri bagi membolehkan dan Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) diadakan untuk memilih 73 wakil rakyat baharu.
Pilihan raya lambang demokrasi utama di mana rakyat mempunyai kuasa penuh memilih calon yang pada pandangan mereka boleh bawa suara dan inspirasi mereka dalam proses pembikinan undang-undang, polisi dan pentadbiran negeri demi kesejahteraan rakyat.