Tidak ada keperluan perluas Akta Anti Lompat Parti kepada Senator
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Isnin. Gambar kecil dari kiri: Faisal, Haniff
SHAH ALAM – Tidak ada keperluan untuk memperluaskan Akta Anti Lompat Parti kepada Senator memandangkan kerusi Dewan Negara tidak dipertandingkan melalui Pilihan Raya Umum (PRU) seperti di Dewan Rakyat.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla menegaskan, akta tersebut hanya terpakai kepada Ahli Dewan Rakyat kerana ia digubal bagi menjaga mandat rakyat yang memilih wakil mereka melalui pilihan raya.