Ancaman nyata atau hanya ribut dalam cawan?
Iklan
Laporan Sinar Harian berkaitan Tengku Zafrul keluar UMNO dan menyertai PKR. Gambar kecil dari kiri: Mohd Yusri, Mazlan
SHAH ALAM - Serangan terbuka antara pemimpin Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) kini menimbulkan polemik serta 1,001 persoalan sama ada Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggotai UMNO, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP mampu bertahan sehingga Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) atau tidak.
Persoalan ini tercetus susulan beberapa perkembangan terkini, termasuk tindakan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz meletakkan jawatan dalam UMNO untuk menyertai PKR atas sebab tertentu.