Atuk 80 tahun cedera kereta terbabas rempuh warung

Iklan
Lelaki warga emas berusia 80 tahun cedera apabila Myvi dipandu rempuh warung - Foto: PDRM

ALOR GAJAH – Seorang lelaki warga emas cedera apabila kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas lalu merempuh sebuah warung di Batu 13, Pantai Belimbing, Durian Tunggal, di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.55 petang itu, mangsa berusia 80 tahun dan merupakan pesara polis hanya mengalami bengkak di bahagian kepala.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden Ashari Abu Samah berkata, ketika kejadian, mangsa yang memandu seorang diri sedang dalam perjalanan dari arah Pulau Sebang ke Taman Melaka Perdana.

"Sebaik tiba di lokasi, kereta yang dipandunya dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan dan melanggar sebuah warung di tepi jalan.

Iklan

"Mujurlah tiada sesiapa berada di warung itu ketika kejadian dan warga emas berkenaan hanya mengalami bengkak pada kepala," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Menurutnya, mangsa yang tinggal di Taman Dahlia, Bukit Beruang, Ayer Keroh telah dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk rawatan lanjut.

Iklan

Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) kerana gagal mengawal kenderaan semasa memandu.